Homeopati mempunyai 200 tahun pengalaman dalam mengawal penyakit. Ia pertama kali tersebar luas di pengetahuan umum Apabila homeopati berjaya mengawal wabak taun pada abad ke-19 yang lalu. Semasa kemunculan wabak selesema selepas perang dunia pertama, hospital homeopati mencatatkan jumlah kematian yang rendah, sebaliknya hospital yang menggunakan perubatan biasa mencatatkan kematian antara 20% hingga 30% .
Tiga meta-analisis perubatan klinikal berkenaan homeopati telah dijalankan pada akhir dekad yang lalu dan kesemuanya menyimpulkan bahawa homeopati adalah satu perubatan yang berkesan. Kajian terbaru telah dijalankan pada 20 sepetember 1997 berkenaan dengan isu pisau tajam bermata dua yang digunakan oleh doktor bedah(lancet).
Kajian ini dipimpin oleh Dr. Wayne Jonas dan Dr. Klaus Linde. Mereka menyatakan bila 89 bukti kajian keatas homeopati dikumpul untuk menilai qualitinya, didapati homeopati 2.45 kali lebih berkesan daripada ubat plasebo.
Satu lagi kajian telah dijalankan pada tahun 1996 oleh Kumpulan Pengkaji Perubatan Homeopati yang dibentuk oleh Persatuan Eropah untuk menentukan keberkesanan homeopati. Kajian ini telah mengumpul kajian daripada 17 ujian klinikal yang melibatkan 2001 pesakit.
Hasilnya didapati homeopati lebih berkesan berbanding plasebo, dan kemungkinan 0.027% daripada keputusan ini wajar diubah. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak dinyatakan dalam jurnal perubatan. Jadi ia tidak dapat diperolehi dengan dengan mudah. Meta-analisis ke tiga telah dijalankan pada 9 Februari 1991 berkenaan tentang Jurnal Perubatan British. Ia dijalankan oleh dua orang pengkaji dari Belanda yang ingin menilai kemujaraban pelbagai perubatan alternatif lain.
Walaupun mereka adalah orang yang sentiasa mencurigai homeopati dan perubatan alternatif lain amnya. Namun mereka telah melapurkan bahawa"Jumlah keputusan yang positif yang dijalankan sungguh memeranjatkan mereka" dan "Bukti yang diperolehi daripada kajian ini memadai untuk membuktikan homeopati sebagai satu rawatan yang tersusun, selamat dan berkesan untuk sesetengah penyakit".
Prinsip yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur dan dos minimum. Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan moden. Perubatan moden berasaskan penyakit perlu ditentang, yakin apabila seseorang itu sakit, ia mesti diberi ubat untuk melawan sakit tersebut.
Ubat yang kuat diberi untuk menghalang laluan semulajadi tubuh ataupun melawan kuman yang hadir secara langsung. Homeopati pula mengutamakan sistem pertahanan semulajadi badan. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan. Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk ‘membuang’ penyakit.
Jika simptom ini disekat, tubuh tidak dapat menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Selain itu, sekatan yang berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak dapat mengatasi penyakit tanpa ‘campur tangan’ luaran. Dengan homeopati, bahan yang mencetuskan simptom yang sama seperti penyakit yang dihadapi akan merangsang sistem perlawanan penyakit dalam badan dan seterusnya proses pemulihan.
Inilah prinsip yang digunakan dan proses imunisasi dan ini diterima oleh doktor perubatan moden. Ubat homeopati akan meningkatkan antibodi badan yang menjadi rendah semasa sakit. Ia bertindak sebagai peneutral yang akan menghilangkan penyakit. Jika ubat yang kurang tepat diberi, pesakit akan sembuh tetapi mungkin memakan masa atau pun penyakit itu akan berulang pada masa lain.
Namun, jika ubat itu tepat, pemulihan sepenuhnya akan didapati dalam masa yang singkat. Penyakit itu pula tidak akan berulang. Di sinilah ahli homeopati itu perlu kemahiran yang tinggi. Semasa ubat disediakan, ahli homeopati akan mencairkannya secara bersiri dengan pepejal(biasanya laktosa) atau cecair(biasanya etanol).
Jika pepejal digunakan, ubat akan dihancurkan untuk membentuk campuran dngan pencair tersebut. Proses ini disebut pentrituratan. Jikalau ubat itu boleh dilarutkan, ia akan digoncang dengan kuat bersama etnol. Proses ini disebut goncangan dan larutan dinamakan potencies.
Apabila proses pencairan(pentrituratan atau goncangan) dilakukan berulang kali, sudah tentu akan tiba masanya apabila hanya terlalu sedikit molekul ubat yang tinggal.Jika diteliti Hukum Avogadro yang menyatakan satu mol bahan mengandungi 6.02 x1023 molekul, Kita dapat merumuskan setelah 1024 pencairan, tidak akan ada lagi molekul ubat yang tinggal dalam larutan tersebut.
Namun, kajian menunjukkan bahawa larutan tersebut masih mempunyai maklumat bahan asal tetapi dalam bentuk ‘tenaga’. Semakin cair larutan, semakin bertambah tenaganya. Ahli homeopati menerangkan bahawa bahan sebenar itu telah meninggalkan kesan kepada molekul pelarut. Kesimpulannya, ubat homeopati yang diberi kepada pesakit mengandungi kepekatan ubat yang rendah tetapi tenaga dalaman yang tinggi. Tenaga inilah yang merangsang pelbagai sistem bioenergetik tubuh. Walaubagaimanapun, oleh sebab tiada terdapat kajian saintifik yang dapat membuktikan fenomena ini, banyak doktor tidak dapat menerima teori ini.